Friday, August 26, 2011

mat sabu da claim kominis hero!

gua da lame tak buat entry serius... asyik-asyik buat entry yang tak berape nak serius, dah la tak serius, gua bukan hero pun dalam citer tu... lantas gua telah di sound tepek oleh lecturer gua masa kat Kolej Universiti Islam Melaka... "lu study law ke study menatang lawak2 kat UITM?"

yelah-yelah ni gua da buat entry serius ni puan... hehehehe

*********************************************************


pg ni gua ngah usha-usha paper arus perdana (sape nak pertikai tindakan gua sila bc entry ni).. Mat Sabu strikes back... kali ni beliau suda claim Komunis hero... tambahan beliau, sorang mamat melayu bernama Mohammad Indera dan 200 orang yang menjadi rakan subahat Goh Peng, dan menyerang Bukit kepong itu adelah hero sebenar dan harus ditabalkan sebagai Hero Remaja 2011! (part hero tu betul, hero remaja tu, gua sengaja kelentong lu orang).... tambahan beliau brader-brader Polis Bukit Kepong dan family diorang tu bukan hero sebenar sebab bersekongkol dengan british... Tunku Abd Rahman and Dato' Onn Jaafar pun bukan hero, sebab dorang ni pegawai british....

mari tarik napas dalam-dalam... mari berfikir di luar kotak sekejap... kite kene berlaku adil bukan?

ok... gua rase da dpt point die... Parti komunis Melaya ni mulanya berjuang menentang Jepun, lepas jepun blah dorang menentang pulak British, kerana diorang ingin wujudkan negara Komunis di Tanah Melayu yang merdeka... so, disini la point die, bahawa diorang ni pejuang kemerdekaan sebenar! dorang adalah rakyat Malaysia yang berjuang untuk kemerdekaan dari penjajah British dan Jepun!

kalo point ini di fikirkan setakat ke tahap yang gua cakap kat perenggn atas tu je, memang gua sokong, bukan Mohd indera je jd hero remaja, hatta, Mat Sabu pun gua sokong la jadi hero remaja... Tapi.... sayangnya, bukankah selama ini kita berpegang kepada prinsip islam "matlamat tak membetulkan cara".... komunis beb! bukan je kerajaan British tak suka pada masa tersebut, rakyat pun takut dengan komunis... salah satu ideologi diorang adelah 'matlamat membetulkan cara', sgt ekstrimis, hak kesamarataan bukan keadilan dan macam-macam lagi idiologi yang sangat berbeza dengan islam... maka dibunuhlah Polis Di Bukit Kepong padahal geng-geng ini hanyalah pegawai keselamatan yang menjaga keselamatan di Bukit Kepong... so? hero kah komunis ni? sejak bila islam membenarkan pembunuhan perempuan dan anak-anak kecil yang tidak bersenjata?? kenapa pula pegawai keselamat seramai 25 orang ini di nafikan hak diorang sebagai hero sedangkan dorang syahid mempertahankan diri keluaraga dan keselamatan bukit kepong? serius gua hangin~~

begitu juga dengan Dato Onn dan Tunku dilabel bukan hero, sebab dorang pegawai British... jom kite kembali ke tahun 50-an... masa tu orang melayu sangat la takde pelajaran... mane yang ade pelajaran, sure nak keje dengan kerajaan, iyelah, sektor tu je yang mampu ubah kehidupan diorang.. masa tu kerajaan pulak sape? British! memang la british tu penjajah tapi takkan lu da belajar pandai-pandai nak keje nelayan lagi? takkan nk jd petani lagi? ke nk jd gerila msuk hutah join komunis? tu keje gila nama die!!!

Dato Onn dah satukan orang melayu melalui Umno untuk halang malayan Union... Tunku pulak dengan karisma beliau telah berjaya berunding dengan British secara aman dan tanpa pertumpahan darah seperti indonesia untuk mencapai kemerdekaan... maka lahirlah gua, lu orang dan Mat Sabu sebagai generasi pasca kemerdekaan... so? adekah hanya kerana Dato' Onn and Tunku itu pegawai British, dorang dinafikan hak sebagai hero kemerdekaan?

********************************************

adakah kerana yang buat film Bukit kepong tu Dato Jins Samsuddin, yang di claim orang Umno maka hak brader2-brader bukit kepong ini tadi sebagai hero terus terbatal?? adekah kerana Dato Onn dan Tunku itu pioneer UMNO maka diorang juga bukan lagi hero kemerdekaan di mata Mat Sabu?

jawapannya ya, itu jugak sebenarnya salah satu point Mat Sabu masa bagi talk kat Penang semalam... itu lah die, bile terlalu taksub dengan politik... ape bende yang ade kene-mengene dengan UMNO je semua salah! cube lah jadi pembangkang yang bijak, bidas dan komen kesilapan kerajaan... bukan bidas apa sahaja yang dibuat kerajaan... jangan jadi macam member gua tu hari, dapat saman ekor, terus marah-marah kerajaan, konon da saman beliau tanpa usul periksa... tapi die bawak kete memang laju macam syaiton... da tu, saman tu memang saman sebab bawak laju... so? salah kerajaan lagi ke brader?? perangai menyakitkan hati... hmm abah gua tak penah pun dapat saman ekor...

senang cakap gini lah... habis kalo 25 brder-breder yang gugur di Bukit Kepong bersama family, Tunku dan Dato 'Onn bukan hero, dorang ni sape?? penderhaka? ke side kick hero macam Robin dalam cerita Batman? lu orang tanye lah hero remaja Mat Sabu.. gua serius takde jawapan...

sempena Hari Kemedekaan ni gua nak kite pikir, ape benda yang kita da bagi kat Malaysia? ape sumbangan kite sebagai rakyat Malaysia? stakat Blogging, mende la sangat... 25 orang hero kat bukit kepong da bagi nyawa daorang untuk negara, Tunku dan Dato Onn da bagi masa, komitmen dan harta untuk kemerdekaan... Mat Sabu da bagi.... err... bagi ape eh??

NOTA MUSTAHAK: Hepy independence all... mari la eksited kibar jalur gemilang bukan bendera parti je... jangan benci negara kerana kerajaan ok...

3 comments:

Nur Salsabilla said...

Kekaguman sebab entry mmg serius ;)


Di kesempatan ni, nak ucapkan selamat hari raya! maap salah silap jika ada.

Muahahaha. Peace !!

echa takashimaya said...

wah.ini serius!

Zuha said...

dua-dua belah pihak salah...mereka tak menjalankan perintah dan ajaran islam kat negara ni...kita pun kenela ubah mentaliti kita...naikkan zaman khulafa ar-rasyidin iaitu zaman kebenaran...but nice entry broo...betul2 serious :)

http://mat-jungle.blogspot.com/