gua sebenarnya malas nak kupas isu ni... tp sebagai seorang islam gua nk jgk berkongsi pendapat gua tentang isu ni... gua sekali lg ckp gua bukan lah seorang yang terer agama, gua hanyalah seorang blogger biasa yang suke merakamkan pemikiran gua kedalam blog gua... isu dia adalah berkenaan Teo dah masuk surau kasi uacapan... lu oarng leh le bc dulu link yang gua bg tu...
pendirian gua senang je... apa Teo tu buat adalah salah... soalnya bukan betul atau salah die masuk msjid or surau tu... tp ini soal sensetiviti agama kita iaitu islam... kalo bukan kita yang sensetiv sape lg nk sensetiv kan?
Islam bukan lah agama yang kita leh senang2 je nk liberal kan... berfikiran positif katanya... islam mmg fleksibel, tp bukan dalam semua hal dan ketika... dlam beberapa hal kita perlu tegas bagi menjaga kesucian agama kita... jd bagi gua tak timbul soal kita berfikiran positif dengan memberi seorang bukan islam memberi ucapan di surau.. mengapa? orang islam suda tiadakah untuk memberi ucapan d masjid?
gua sedia maklum dan tak nafikan pada zaman Rasulullah s.a.w masjid dijadikan sebagi pusat untuk semua hal... politik, ekonomi, pelajaran dan juga tempat untuk perbincangan sesuatu isu yang berkaitan agama mahupun negara... tp kita kena ingat keadaan masyarakat ketika itu... politik, sosial dan ekonomi di pegang oleh orang islam.. orang bukan islam dikenakan cukai untuk tinggal di Madinah... masyarakat ketika itu juga memang rajin mengimarahkan masjid, memang kalo nk bejumpa dengan "semua orang" adalah dimasjid... dan paling penting kerajaan islam ketika itu masih muda, tiada disediakan tempat2 seperti parlimen atau dewan untuk berbincang soal politik dan sebagainya... zaman itu juga tiada press conferrence atau telivisyen untuk menyampaikan soal negara atau politik... yang ada hanyalah msjid...
tak sama kalo dibandingkan hari ini... dalam suasana politik kita yang dikatakan semakin kotor, persamaan hak untuk berpolitik dengan orang bukan islam dan kemudahan infrastruktur dan media massa gua tak nampak sebab kenapa seorang Teo nak ke surau untuk bagi ucapan? banyak cabang laen kalo dia ikhlas nk sampaikan ucapan... cabang yang lebih global seperti media massa atau pergi saja ke dewan2 atau ke parlimen... dan gua tak nampak kenapa kita nk "berfikiran positif" nak bg seorang Teo ke surau dengan harapan "mana tau dia nampak keindahan islam dia, masuk islam" bg ucapan kat surau? keindahan apa yang dia lihat kalo dia yang bagi ucapan? dia yang diraikan?
kita kena terima kenyataan kita sudah tidak boleh lagi mengusung semua perbincnagan ke masjid atau surau seperti zaman Rasulullah... kita ambik pendidikan contohnya, pada zaman kegemilangan islam wrkitar abad ke-7 sehingga bad ke 13 M, Madrasah2 telah di tubuhkan.. secara tidak langsung telah menarik fungsi masjid sebagai pusat pendidikan... contohnya Madrasah Nizamiyyah dan Universiti Al-azhar.. kenapa? kerana faktor kesesuaian... orang dari serata dunia datang untuk menuntut ilmu-ilmu islam... cukuplah masjid dijadiakn pusat untuk pendidikan bersifat keagamaan... samalah juga dengan senario politik di malaysia.. sesuai lagi ke berpolitik di masjid? sesuai ke nk usung parlimen ke masjid? atau jadikan masjid tempat berpidato calon2 pilihanraya? dan korang kene ingat, zaman Rasulullah tiada parti politik... tiada kutuk mengutuk semuanya dijalankan secara syura'... gua bukan menidakkan fungsi politik di masjid.. tp biarlah berpada2... dan sesuai dengan sensetiviti islam... ingat islam bukan untuk di liberalkan...
gua jugak tak percaya kalo orang kata seorang Teo itu datang ke surau ikhlas... bukan politik.. bukan pancing undi... ikhlas bercakap soal pendidikan kononnya... secara logiknya la... mcm gua ckp tadi kita suda ada pelbagai cabang untuk memberi pendapat apa lagi seorang ahli parlimen mcm Teo, tapi kenapa dia pilih surau?? berapa sangat la orang yang ada kat surau tu? baik ambik masjid... jd gua nk buat andaian dia buat mcm tu untuk mendekati masyarakat melayu, kenapa dia nak dekati masyarakat melayu? supaya orang melayu suke kat dia... napa lak dia nak orang melayu suke kat dia? sbab dia nak orang undi dia lagi... simple kan percaturan tu??
soal peribadi korang nak open minded suke korang la... tegur kang kecik hati... tapi bila kita menyentuh secara keseluruhan dan sensetiviti islam kita harus lebih tegar dan tegas... ingat "islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi daripada islam".. kalo da islam pun nk di liberalkan dengan pemikiran kritis dan "open minded" ala barat, mcm mana kita nak letak islam itu di atas? pastinya islam itu duduknya sma aras dengan agama atau perkara laen...
No comments:
Post a Comment