Friday, August 27, 2010

jangan liberalkan islam

gua sebenarnya malas nak kupas isu ni... tp sebagai seorang islam gua nk jgk berkongsi pendapat gua tentang isu ni... gua sekali lg ckp gua bukan lah seorang yang terer agama, gua hanyalah seorang blogger biasa yang suke merakamkan pemikiran gua kedalam blog gua... isu dia adalah berkenaan Teo dah masuk surau kasi uacapan... lu oarng leh le bc dulu link yang gua bg tu...

pendirian gua senang je... apa Teo tu buat adalah salah... soalnya bukan betul atau salah die masuk msjid or surau tu... tp ini soal sensetiviti agama kita iaitu islam... kalo bukan kita yang sensetiv sape lg nk sensetiv kan?

Islam bukan lah agama yang kita leh senang2 je nk liberal kan... berfikiran positif katanya... islam mmg fleksibel, tp bukan dalam semua hal dan ketika... dlam beberapa hal kita perlu tegas bagi menjaga kesucian agama kita... jd bagi gua tak timbul soal kita berfikiran positif dengan memberi seorang bukan islam memberi ucapan di surau.. mengapa? orang islam suda tiadakah untuk memberi ucapan d masjid?

gua sedia maklum dan tak nafikan pada zaman Rasulullah s.a.w masjid dijadikan sebagi pusat untuk semua hal... politik, ekonomi, pelajaran dan juga tempat untuk perbincangan sesuatu isu yang berkaitan agama mahupun negara... tp kita kena ingat keadaan masyarakat ketika itu... politik, sosial dan ekonomi di pegang oleh orang islam.. orang bukan islam dikenakan cukai untuk tinggal di Madinah... masyarakat ketika itu juga memang rajin mengimarahkan masjid, memang kalo nk bejumpa dengan "semua orang" adalah dimasjid... dan paling penting kerajaan islam ketika itu masih muda, tiada disediakan tempat2 seperti parlimen atau dewan untuk berbincang soal politik dan sebagainya... zaman itu juga tiada press conferrence atau telivisyen untuk menyampaikan soal negara atau politik... yang ada hanyalah msjid...

tak sama kalo dibandingkan hari ini... dalam suasana politik kita yang dikatakan semakin kotor, persamaan hak untuk berpolitik dengan orang bukan islam dan kemudahan infrastruktur dan media massa gua tak nampak sebab kenapa seorang Teo nak ke surau untuk bagi ucapan? banyak cabang laen kalo dia ikhlas nk sampaikan ucapan... cabang yang lebih global seperti media massa atau pergi saja ke dewan2 atau ke parlimen... dan gua tak nampak kenapa kita nk "berfikiran positif" nak bg seorang Teo ke surau dengan harapan "mana tau dia nampak keindahan islam dia, masuk islam" bg ucapan kat surau? keindahan apa yang dia lihat kalo dia yang bagi ucapan? dia yang diraikan?

kita kena terima kenyataan kita sudah tidak boleh lagi mengusung semua perbincnagan ke masjid atau surau seperti zaman Rasulullah... kita ambik pendidikan contohnya, pada zaman kegemilangan islam wrkitar abad ke-7 sehingga bad ke 13 M, Madrasah2 telah di tubuhkan.. secara tidak langsung telah menarik fungsi masjid sebagai pusat pendidikan... contohnya Madrasah Nizamiyyah dan Universiti Al-azhar.. kenapa? kerana faktor kesesuaian... orang dari serata dunia datang untuk menuntut ilmu-ilmu islam... cukuplah masjid dijadiakn pusat untuk pendidikan bersifat keagamaan... samalah juga dengan senario politik di malaysia.. sesuai lagi ke berpolitik di masjid? sesuai ke nk usung parlimen ke masjid? atau jadikan masjid tempat berpidato calon2 pilihanraya? dan korang kene ingat, zaman Rasulullah tiada parti politik... tiada kutuk mengutuk semuanya dijalankan secara syura'... gua bukan menidakkan fungsi politik di masjid.. tp biarlah berpada2... dan sesuai dengan sensetiviti islam... ingat islam bukan untuk di liberalkan...

gua jugak tak percaya kalo orang kata seorang Teo itu datang ke surau ikhlas... bukan politik.. bukan pancing undi... ikhlas bercakap soal pendidikan kononnya... secara logiknya la... mcm gua ckp tadi kita suda ada pelbagai cabang untuk memberi pendapat apa lagi seorang ahli parlimen mcm Teo, tapi kenapa dia pilih surau?? berapa sangat la orang yang ada kat surau tu? baik ambik masjid... jd gua nk buat andaian dia buat mcm tu untuk mendekati masyarakat melayu, kenapa dia nak dekati masyarakat melayu? supaya orang melayu suke kat dia... napa lak dia nak orang melayu suke kat dia? sbab dia nak orang undi dia lagi... simple kan percaturan tu??

soal peribadi korang nak open minded suke korang la... tegur kang kecik hati... tapi bila kita menyentuh secara keseluruhan dan sensetiviti islam kita harus lebih tegar dan tegas... ingat "islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi daripada islam".. kalo da islam pun nk di liberalkan dengan pemikiran kritis dan "open minded" ala barat, mcm mana kita nak letak islam itu di atas? pastinya islam itu duduknya sma aras dengan agama atau perkara laen...

Saturday, July 24, 2010

FOR THE LOVE OF THE GAME

member gua post satu article ni kat fb gua.. gua da penah ikut blog tu sblm ni... sbuah blog yang mendedahkan pelbagai "konspirasi" disebalik kehidupan gua dan lu org selama ni... satu usaha yang bagus bagi gua... coz secara keseluruhannya blog ini berdakwah dan memeberi peringatan kepada kita... sblum ni ade gak beberapa isu yang gua bc agak paranoid... dan gua penah post comment berbentuk pertanyaan, malangnya penulis x approve.. gua xkisah sgt... cuma post yg member gua bg kat fb gua tu da kutuk fan2 bola sepak n kutuk gua sebagai fan Manchester UNited...

korang leh ler tgk blog tu kat sini (sila bc post tu dulu sebelum bc post ini) gua takde ragu pasal pembuat blog tersebut.. cuma kadang-kadang ulasanya terlalu radikal sehingga bagi gua penulis blog tersebut mencari salah... seperti post yang gua paste kat atas tu.. isu yang cuba di sampaikan oleh penulis tu berkenaan bola sepak... Manchester United itu sendiri diakaitkan dengan freemason dan sebagainya, beleh dikatakan penulis cuba nk bgtau manchester united itu dicipta SECARA AZALINYA berlunaskan Freemason.... dan penulis ada jugak meluahkan tuduhan bila menyokong kelab tersebut kita seperti menduakan Allah... (ini kefahaman gua dr keseluruhan blog)...

gua bukan lah hebat sgt dlm agama, gua bukan lah ustaz ataupun sejarawan yang terer freemason, gua jugak bukanlah pemilik blog freemason yang setiap hari gua habiskan dengan mencari fakta2 berkenaan freemason d internet.. gua cuma seorang peminat Bola Sepak~~~ tp gua nk bg fakta yang korang lak leh "buka minda dan pikir"

1. isu pemilik manchester united: Malcolm Glazer ni mmg yahudi, tp untuk mengaitkan mamat ni secara langsung dlam "konpirasi Manchester United" seperti yang didakwa, adalah bg gua tak relaven+mengarut piang!!... Manchester united ni di buat pada 1878 dengan asalnya nama dorang Newton Heath (Lancashire & Yorkshire Railway).. dorg ni sebenarnya pekerja keretapi, pakat ramai2 nk buat team bola sepak... Malcolm Glazer lak ambik alih sekitar tahun 2003-2004, cmn nk kate beliau kene mengena? kalo beliau seorg yang benci islam pun, so knp? dia kan kafir, normal lah~~ adakh kebencian itu tergambar dikelab? logik ke kita kaitkan logo n pelbagai lagi tu krn Malcolm? manchester ttp manchester sebelum dan selepas malcolm pun...

2. isu warna merah: agak keterlaluan jika merah tu terus disamakan dengan warna demonic... bagaimana kalo d kaji dgn unsur psikologi? bukan kah merah itu menunjukkan semangat dan keberanian? kajian jugak menunjukkan pasukan yang memakai baju kaler merah selalu menang... alah korang mesti penah ikut sukan sekolah.. selalu rumah sukan kaler ape yang menang? merah kan?? atas dasar psikologilah warna jersi Manchester United di ubah dr hijau ke merah...

3. logo manchester united: "iyelah mcm all seing eye~~~"... lol! secara jujurnya gua tak nampak pun... maybe gua ni da kene "kawalan minda" but serius kalo semua bnd bentuk bujur lu nk kaitkan ngan All seing Eyes then jangan pakai kasut, jangan pakai sudu, jgn bawak kete... nape tak ckp jata negara pon ade simbol all seeing eyes?? g la download sndiri then cuba rotate... gua bukan xnk buat tp gua syang malaysia so gua malas nk buat mcm tu... then garisan bntuk bintang kt logo Manchester United tu, cuba lu org lukis kat logo UITM, leh dpt tak bintang tu?? leh kan?? gua malas nk buat coz gua syang UITM... hehehe senang ckp bentuk tu sume sgt tipikal... lu orang leh dpt lukisan bintang tu dri mcm2 bentuk... cuma perlu imaginasi!!!

4. isu devil kat manchester united: Red Devil asalnya nama gelaran team rugbi kat France pada 1960-an name team tu Salford Rugby.. korg sedia maklum sukan rugbi ni mmg sgt fizikal.. mmg takde maknenye nk lemah lembut mcm tarian tradisonal... so sbb dorg ni maen sgt ganas dn plk tu pakai baju merah dpt la gelaran "red Devil"... so pada sekitar tahun yang same gak Sir Matt Busby, ske ngn gelaran tu dan telah cilok gelaran tu untuk Team Manchester United.. kononnya nk kasi team lawan lagi gerun la.. psikologi la tu.. dan kuar la maskot Fred yang kaler merah tu... untuk pengetahuan ramai gak logo manchester United juga awalnya bukan ade pon ciri2 devil tu... tak caye g la tgk kat yahoo imej.. gua malas nk post kat cni..

5. no 13: gua mmg tak dapat kupas isu ni... coz bg gua.. HOW IN THE HELL HE GOT SUCH IDEA???? mane tah die dpt formula tu... putar belit.. lu orang cuba bc btul2... Enstein pon leh gulung tikar beb!! meh gua try kire name gua M.O.H.D N.I.Z.A.M
13+20+8+4+14+9+25+1+13=110.. formula 1 lagi plak 1+3+2+0+8+4+1+4+9+2+5+1+1+3=80 tak pon separuh name gua leh dpt kot 2+5+1+1+1+3=13!!! WAH!! MAK GUA FREEMASON KE? NAPE NAME GUA LEH KUAR NUMBER 13????????? heehhee korg try la nama korg... best ape~~~ tah freemason mabuk mn kasi formula ni pon gua tak tau.. kalo nk tau suatu pertubuhan tu freemason ke tak try le formula ni... adil ke cenggitu??


6. penyokong bergaduh: setau gua la semua kelab penyokong bola sepak kat england ada yg ganas2... dorang ni dipanggil hooligans... so nk kate manchester united je yang ganas tu adalah statment katak bawah tempurung.... lagi satu setau gua kelab hooligans yang paling ganas adalah aston villa.. g la kire huruf mane tau dpt 13 ke 33 ke... by the way penyokong kelantan pun ganas gak, bakar sit stadium bukit jalil... korang rs kelantan mason gak ke?


7. nama pendek Man U: Man U bukan lah nama yang diberikan kelab.. dan kalo ia bercirikan "mason" pun seperti yang didakwa bg gua tak de kene mengena dgn kelab... x sedar ke nama Manchester United tu terlalu panjang??? so normal la kalo syariakt tv nk pendekkan nama tu jd Man U or Man United Or MU supaya senang nk buat score board kat screen... ala mcm Barisan Nasional jd BN or Malaysia jd MAS... takkan tak tau kot??? lol!!! tu pun nk jd issu ke???

gua rasa sgt tidak adil tau dalam bhasa kurang ajarnya "bodoh" dan kurang siuman bila mengatakan taksub bila langgan sukan ASTRO atau duduk dikdai mamak tgk bola tu buang masa.. tak wajar bila secara LOGIKnya anda beranggapan suatu kegiatan itu buang masa, maka ia menjadi mandatori pada org laen juga buang masa... statment berlandaskan nafsu namanya tu~~ dimana syariah-nya mengatakan ia BERDOSA??? semua aktiviti adalah jd HARAM kalo MELALAIKAN... nasyid juga sama.. jd adakah org yang dtg tgk bola lepas isya' (macam gua) juga adalah tergolong org yang BERDOSA? dan adakah slah kalo gua nk tgk bola kat kedai mamak ngn member2 gua smbil smbng2?? kan tu namanya merapatkan silaturahim? dan setau gua EPL mane de pasang sebelum maghrib or time maghrib~~~ =.="

skali lagi gua nk ckp gua ni bukan lah pandai sgt... gua msih belajar.. tp gua mmg tak berani nk tuduh org yang sokong or pakai baju manchester united atau nyanyi lagu "glory2 man united" sebagai menduakan Allah (murtad)...

Rasulullah bersabda:

"Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya "

gua tak paksa korang untuk percaya apa yang gua tulis... gua takkan tuduh korg kene "kawalan minda" kalo x cye... dan terpulanglah kalo korg nk tuduh gua plak kene "kawalan minda"... bg gua tu sume riverse psikologi.. kononya "buka minda" tp sebenarnya lebih kpd "paksa Minda".... kalo tak cye orang tu akn dikatakan "kesian" coz mindanya sudah dikawal freemason... kalo percya barulah dikatakan bebas.. mcm tu ke bebas? ape yang gua tgk adlah seorang penulis blog yang sgt paranoid dan membuat andaian berat sebelah... relax je tuduh itu, ini, freemason, tanpa ambik kira sejarah tanpa memberi peluang kpd pihak yang di tuduh mengemukan sbb... bila org komen lambang burung merpati tu mcm garuda dan sebagainya pandai pula melatah dan menafikan...

1 lgi kalo btul la kelab Manchester United atau kelab eropah laen ada ciri "mason" pun, well.. its obvious coz da tentu2 mason tu pun lahirnya d eropah... cm bg gua sebagai seorang peminat bola sepak gua tengok bola hanya untuk kepuasan, hobi, dan kerana gua SUKA SUKAN BOLA SEPAK... gua suka Manchester United sbb gua suka pemainnya dan corak permainannya. paling penting gua leh blajar semgat berpasukannya dan semangat untuk menangnya (passion to win).. nilai2 yg bg gua, da makin lupus kat umat islam sedunia sekarg ni...

so take it easy, enjoy the game and stop being paronoid!!!!!

Wallahuallam...