Tuesday, November 24, 2009

Siri pengetahuan Am KBSR: Mengetahui Kontrak Sosial

korang penah dengar tak "kontrak sosial". mene2 member gua yang penah ambik law, gua nk kasi tau, kontrak sosial ni mmg xkene mengene ngan ngan Undang-undang Kontrak yang kite belajar tu... tp kalo dilihat dari dasarnya ia msih sebuah kontrak...

kang gua cite pasal undang2 kontrak kang gua sure korng da start cover mulut nak menguap... so gua relax je nak ckp yang korang mmg xleh nk tgk kontrak tu secara fizikal... tetapi kontrak tu di transferkan kepada undang-undang tertinggi Malaysia sekarang ni... name beliau "PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN". haa...

sekitar tahun 1995,sorang mamat yang "bijak" telah cuba menggesa parti2 politik di negara ni untuk melupakan formula ni... name mamat 'bijak' tu Datuk lim keng Yaik... kontrak sosial ni dakwa beliau bt org cine and org India (yang gua akan bahasakn sebagai "tetamu" pas ni) merasa kecik hati, paru-paru dan pankreas. tp selepas kene sound oleh beberape ahli politi lain beliau ngan gelabah mendakwaan kenyataan beliau sebelum ni telah disalah tafsir. kabinet pon ngan tegasnya da mengarahkan segala perbincangan mengenai kontrak sosial dihentikan same sekali.

gua pasti lu org satu haram jadah pun xtau mende kontrak sosial tu.and ape kene mengene ngan batang hidung korang. so gua ngan baek hati akan terangkan kat korng supaya kite same2 jd bijak dan pandai.

secara ringkasnya kontrak sosial ini adalah persetujuan secara bersama antara pemimpin2 melayu dan pemimpin2 tetamu sebelum kemerdekaan. kesan kontrak sosial ini parti perikatan telah menang dgn hensemnya dalam pilihan raya pertama 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan calon India MIC. satu lg, British telah memberikan prasyarat, "if u'll nk merdeka, u'll kene terima ah seng ngan siva jd rakyat tanah melayu". =.='' dalm kate lain toleransi kaum.

so, terjadi lah kontrak sosial. Tunku bg sejuta kerakyatan secara Jus soli kat tetamu2 kite, and dorang pulak kene ikhtiraf keistimewaan bumiputra, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi dan sistem pemerintahan beraja seperti yang tercatat dalam Perlembagaan.

walaupon mcm tu, agihan yang dilakukan ini adalah suatu agihan yang adil. walupon bhsa kebangsaan adalah bahasa melayu tetapi bangsa lain bebas nak berckp bahasa dorg msing2. tp kene lah jgk tau bhsa melayu jgn da duduk Malaysia dr lahir ckp melayu mcm haram py susah.

pemimpin2 tetamu ini akhirnya memeinta hak kerakyatan itu menjadi mutlak. mereka dibenarkan mengekalkan agama yg diorang anuti. takde hal! dorang gak mintak hak berpolitik yang same mcm org melayu. pun xde hal! dorang gak dibenarkan guna bahasa cine and tamil kat sekolah2 swasta dorang. peruntukkan yang takde kat mane2 perlembagaan negara lain. hatta negara liberal sekalipon.

lagi.. koata diberikan dan dipersetujui untuk bagi 4 tempat kosong setiap 5 temapt kekosongan untuk kerja kerajaan kepada org melayu. wlaubagaimanapon,pada awal kemerdekaan terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi jawatan dalam Divisyen Satu.

lagi? Kontrak Sosial ini lah yang mewujudkan sistem Raja Berperlembagaa dan demokrasi berparlimen. ini memberikan hak politik sama rata untuk semua kaum. kalo tiada persefahaman sosial ini maka setiap negeri kan diperintah secara feudal, dimana tetamu2 kita ini tak mungkin ada hak untuk bersuara.

sedihnya, kemuafakatan dan penghayatan mendalam terhadap Kotrak Sosial ini semakin tipis kat kepala Hotak generasi baru "home mate" kite ni (yang da jd "home mate" pas dpt jus soli). biasela, da betis nk peha.. mereka merasakan kontrak sosial tu da tak relaven dlm ms ni. padahal semua yang gua ckp diatas adalah hasil dr kontrak sosial tersebut. padahal kontrak sosial itu dibuat bg menjdikan Malaysia negara berbilang bangsa yang hebat dan harmoni. sbb tu "Malaysia" bukan Tanah Melayu lg.

penkritik ini lansung tidak melihat bahawa setiap 1 hak orang melayu adalah juga hak orang bukan melayu. mereka hanya melihat isu bumiputra. dibesar2kan dan dikritik mcm nk rak. so gua da ckp mende ni mmg kene mengene kat kite, apalagi generasi muda dan hebat mcm kite ni. sekurang2nya korang tau mane asal usul bangsa Malaysia. moga2 korg tak terlopong lg depan TV bile org senbang pasal hak Bumiputra.

Wednesday, November 4, 2009

JIKA DAHI TAK MENCECAH KE SEJADAH DI DUNIA

tiap kali gua bc sjak ni or dengar kat radio IKIM, gua jd itik kene bump (goosebumps) or bahasa ibundanye meremang bulu-bulu... btul2 buat gua sedar and insaf..

Bersihlah kamu sebelum kamu dibersihkan,
Berwudu' lah kamu sebelum kamu diwudu'kan
Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tak guna lagi berseri

Walau orang hadir itu merintih
Selepas itu kau akan diletakkan ke lantai
Lalu dilaksanakan solat jenazah
Dengan 4 kali takbir dan satu salam
Beserta fatihah, salawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah
Tapi apakah dengan 4 kali takbir itu
Dapat menebus dosa solat yang ditinggalkan
Seumur hidup
Apakah dengan solat tanpa ruku' dan sujud itu
Dapat membayar hutang ruku' dan sujud
Yang telah luput
Sungguh tertipulah dirimu jika berfikir begitu
Justeru ku menyeru sekalian muslimin muslimat

Usunglah dirimu untuk solat
Sebelum engkau diusung ke liang lahat
Menjadi makanan cacing dan ulat
Dirimu ke masjid
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam bar z a h

Sucilah kamu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu dengan panggilan Izrail
Yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ia berguna untuk yang tinggal
Dan bukan yang mati
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan

Namun ketika itu istighfar tak dapat menyelamatkan
Ingatlah di mana jua kau berada
Kau tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi langit Tuhan
Serta menikmati rezki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru sambutlah seruannya

Sebelum Dia memanggil buat kali yang terakhir
Ingatlah kamu dijadikan dari setitis air
Yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membentuk tulang-tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi mulakanlah untuk melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan haiya `alalsolah
Dengan penuh rela dan bersedia
Sahutlah seruan haiya `alalfalah
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Untuk kembali kepangkuan Tuhan

Pada hari itu
Tiada berguna harta, tahta, dan putra
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tidak mencecah sejadah di dunia

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat