cite ni ms gua study kat melake dulu.. ms tu gua da sem 6. oleh kerana gua dan rakan2 gua da sem 6 so kitorang da mendapat mandat senior dr kolej berkenaan... "so da senior tu lu org xreti2 nak buat program beso2?" ustaz zul, penyelia course gua sound, ms tu gua bru sem 5. gua ngan membe2 kawtim je la.. kitorng pon plan nak buat program Satu Rumah, Satu professional kali ke 2. kire keje2 persediaan dilakukan di sem 5 dan perlaksanaan dilakukan di sem 6 la. oleh kerana gua berfikiran tajam dan berperwatakan menawan semua satu kelas sebulat suara dan sebulat-bulat memeilih gua jd Pengarah Program. pengarah program bai, bukan calang2... wakakaka make kembang-kempis la idung gua tahan bangge. "celake! byak ar aku kene pk lepas ni!" pikir hati gua.
program kitorg ni melibatkan remaje2 form 2 ngan form 4... so ktorg pon kenelah berkerjasama ngan Jabatan Pelajaran melaka (JPM)... alhamdulillah la, sumer2 bejalan lancar dan ok2 la... terima kasih atas kehebatan dan kemantapan rakan2 gua yang da handle program tersebut ngan mantap. gua? hahaha gua xbyk sgt terlibat ms hari kejadian. gua just bg ucpan, ambik gambar, bg hadiah kat budak, cenderahati sket, tido, bnd2 mcm tu la gua bt.. Tuan Pengarah la katakan, gua bos! wkakakaka
habis program gua ingat gua da leh relax2 men Dota, sekali seketeri gua cik Hasnas ngan Timb gua cik Ira arahkan gua untuk ambik gambar program kat JPM. gua pk "ini suda lebeeh camn timb and seketeri gua leh arahkan gua ni??''
tp sbb gua malas nk kene bebel ngan 2 orang awek tiri gua tu, gua pon ajak Fahmi g JPM tgh hari tu... beliau kate "lu g pinjam kete kang gua drive g sane" gua pon agguk2 je. "celake kali ni fahmi plak bg arahan kat gua"...
smapai kat JPM kitorang di arahkan untuk ke kaunter receptionist oleh papan tanda didinding, kitorang pon ikut je la... sampai kat receptionist tu gua dapat rase aura blur akak receptionist tu... celake.. bt pe jd receptionist kalo blur?? gua ty kat receptionist tu kat ne unit ko-kurikulum coz ira pesan ambik gambar program tu kat ctu... beliau berkerut dahi... lame beliau pk... last "tingkat 3" kate beliau... Chet! ape susah sgt nk ingat? bangunan JPM ni 4 tingkat je kot... opis gua ni lagi la 50 tingkat!
gua pon tekedek-kedek panjat tangge... ape la takde lift.. sampai tingkat 3 gua usha satu2 takde pon unit ko-kurikulum? adoi! gua pasti akak receptionist td da bg info salah... gua hangin btul! fahmi bg cdgan kitorg naek tingkat 4. mane tau kat ctu... cmne la akak tu leh bg info slah, baru jge bangunan 4 tingkat, leh kitorang naek 1 tingkat check, kalo gua suh jg bagunan 50 tingkat? mampos kene check setiap tingkat!
ktrang panjat lg tangge... sampai je kat ctu gua senyum2 kat fahmi coz ktorang da jump unit ko kurikulum. melangkah masuk ke dalam ofis terus jmp kaunter, "sila tunggu di kounter ini, kakitangan kami kan melayan anda sebentar lagi" gua tgk opis kosong je, kecuali satu meje lebih kurang 10 miter dr kounter, meja tersebut berisi, ade seorang brader duduk ctu... gua check jam, "bagus ar keje kerajaan rehat tengah hari panjang~"
"salam bang" gua cb trik peratian brader tu
"salam" jawb brader tu. tak bergerak.
"abg ktrg nk ty la ade tak bdk kolej sy hantar CD gambar ke sini?"
"kolej pe?"
"kolej Islam Melaka"
"owh.. xde la dik" gua tgk brader tu tak bergerak langsung dari tempat duduk die.. hatta cuba mencari2 CD yang gua maksudkan. sedanagkan gua tgk ade lg lebih kurang 5 meja kat ctu yang kosong. cb la bediri jup check meja2 tu, mane tau ade. pemalas tahap syaitooon.
"tp bang, kawn sy ckp die ade hantar semalam, kat seorang encik ni, tp xingat name la bang, kawn sy ckp encik tu berjanggut panjang mcm ustaz sket"
"mane ade org bejanggut kat sini dik"
gua da start bengang kat awek2 tiri gua yang tak bagi info cukup. cmne name leh lupe.. tp x kan xde encik yang berjanggut kat ctu?... Ira ckp die pasti hantar gambar tu kat unit ko-kurikulum, cm name je x pasti. gua nagan fahmi da start pk balik kat depan pintu ofis tu.
"adik nk masuk ke?" tb2 sorg brader sapa gua ngan fahmi.
gua tgk mamat tu berjanggut panjang dan berketayap, layaknya seoramg ustaz. konfem! ni la encik yang gua cr tu. setelah gua terangkan niat kitorang dtg tu, beliau mengaku beliau la orang yang kitorang cr tu. gua hepi!
tp tau tak ape yang celake? encik tu duduk btul2 depan brader yang mals tahap syaitoon td tu. boleh td die ckap xde org berjanggut panjang kat opis tu? habis yang duduk dpn die selama ni tu ape? gua heran betul ade jgk manusia mcm tu. patut la gua selalu dgr org komplen staff kerajaan malas... sbb org2 mcm brader tu la
dapt CD tu gua pon ucap terima kasih kat encik tu, tak lupe jgk gua ucap terima kasih kat brader mals tu... gua tgk die tunduk je...
eleh kover2 x dgr ar tu...
"da relax2, jom singgah karaoke, kite nyanyi dulu" Fahmi jak gua...
"jom2" gua setuju. padahal kitorang de tutorial sbnarnya ptg tu. wkakakaka