fakta2 ni tak penah lekang dari kepala otak gua. abah gua pun ajar untuk jd seorang yang cintakan negara. kecik2 gua da buat rekod ttg 4 perdana menteri malaysia pd masa tu. dulu ms gua kecik2 (sekitar 90-an) bile nak merdeka je org sibuk cr bendera, bangge btul ms tu kalo umah kite dikibarkan dengan jalur gemilang. kete pon x kurang, kat motor pon same.
but tahun ni gua tgk musim kemerdekaan hambar sekali, org2 malaysia sudah lupa dengan jalur gemilang. org2 malaysia kini dah lupe ngan Malaysia... ialah kebanyakan kita pun tak pernah merasa ape itu penjajah. lahir-lahir je dah kenal Dr. Mahathir... mene kenal Tunku. lahir-lahir je da senang.... mane penah mkn ubi kayu.
atas dasar ini rasanya kita lupa asal-usul kita. kita lebih taksub ngan fahaman politik. benci kerajaan! sokong pembangkang!~ lantas kite membenci negara... kita lebih bersemangat mengibarkan bendera parti dirumah pada musim pilihanraya dari bendera malaysia sendiri pda bulan ogos. yang penyokong kerajaan pula mengapi-apikan sefahaman sesama melayu. terlalu taksub sehingga lupa Malysia tercinta ini lahir dari perpaduan dan kesefahaman kaum.
korg gi la check umah korg de tak jalur gemilang dikibarkan, kalo ada, tahniah la kat korg. kat kete ade tak? kalo korg ikut konvoi ade la kot. kalo tak haram le ade... gua tgk jalur gemilang murah je kat Mydin, RM 2.50 je. 3 kali ganda ngan duit topup kite seminggu yang cecah RM10. kawasan umah gua, ade 2 buah umah je yang ade kibarkan jalur gemilang. padahal lorong umah gua tu ade lbh dari 10 buah umah. tak tau la kalo yang duduk tu bukan org malaysia, org bangla ke pe, gua taktau la... begitu jgk kat jalan raya. pg td gua gerak takde satu pon kete yang kibarkan bendera. maybe yang pandu keta proton ni bukan org malaysia kot ~
kalo anda penyokong pembangkang terpulanglah pada anda untuk membenci kerajaan.. tapi jangan sesekali membenci negara. apa yg ada dimulut pemimpin-pemimpin dan rakyat malysia sekarang ini cuma politik, tiada seorang pun yang bicaranya tentang negara. tentang malaysia.
perpaduan pun selalu diapi-apikan, kedaulatan raja2 melayu mula dipersoalkan. gua boleh trima kalo yang mempersoalkan itu kaum lain (selain melayu) tapi org melayu sendiri pun mempersoalkan kedaulatan raja melayu, semua tu kenapa? kerana ingin memancing undi!
gua bukan la anti-politik. gua faham dan akur politik adalah nadi sesebuah negara. gua cuma seorang nasiaonalis yang mahu kita sedar bahawa kita harus menghargai dan menyanjung negara kita yang tercinta ini. if u hate the government, dont hate the nation.
HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA