Wednesday, September 16, 2009

biar betul cine??

gua sembang2 ngan bro gua ari tu... ntah nape kepale kitorg jd gle mlm tu dan tak semena-mena cb mempersoalkan nama Hang Tuah dan saudra-saudarany yang menjadi lagenda orang melayu dan kerajaan Melaka lama....

"gua rase ar bro, Hang Tuah n saudare2ny tu org cine la" dah start da abg aku bg teori tak masuk akal die sambil start rokok...

"ape hal lak??" gua cube membantah tp msih gak nk dengar teori sumbang beliau.

"lu tak hairan ke nape gelaran 'hang' tu diberikan kepada Hang Tuah n sudare2nye tu, same ngan gelaran yg diberi kepada puteri cina 'Hang Li Po' lg pun kan hang Li Po dtg ngan 5000 org pengikutnya?" hm~ btul gak...

"lg satu, org melayu lain mane de dpt gelaran 'Hang' mcm diorg Hang Tuah tu, mcm Tun Perak, Tun Fatimah.." gua da anguk2.. tah nape gua leh tepengaruh ngn org tue ni..

"and lu tak hairan ke name2 diorang tu pelik, mcm Tuah and Kasturi tu ok la, how abt jebat, lekiu, lekir... x mcm name org melayu pun.." btul2 gua dulu kecik2 pu heran gak name diorg tu, asl tak letak Arjuna ke, Nizam ke bru mcm melayu..

"so lu rase name diorang pe sebenarnye?" gau try nk uji teori liar ni.. so ni jawapan bro aku tu...

Hang Tuah=Hang Tiew Wah
Hang Jebat=Hang Chee Fatt (atuk moyang Chow Yun Fatt)
Hang Lekiu=Hang Lee Kiew
Hang Lekir=Hang Liew Keer
Hang Kasturi=die ni je org melayu!

wahahahaha gua gelak besar dgr name Hang Tuah bersaudara da jd name cine... gua da ter bayang diorng pakai costume cine tp bwk keris! peke jadah nye...atau korg leh bygkan jet li ngan keris!

"lg satu bro org melayu dlu mane berani nak menderhaka... tp oleh sebab Hang Jebat@Chee Fatt tu org cine so beliau selamber la menderhaka kan?" abg gua senyum... bangge btul die bg teori tak masuk akal tu...

"tapi bro, name pun Hang Tuah 'bersaudara', mesti dorg sume bersaudara, org melayu, islam!" gua cb pertahankan sket pendirian gua..

"alah, org melayu ni kan 'baik', ble da rapt diorang pun anggap saudara la" jwb bro gua.

"btul gak bro.. lg pun ade percanggahan ttg sape yang menderhaka tu ikut buku Sejarah Melayu ngan Hikayat Hang Tuah... Kalo buku Sejarah Melayu yang derhaka Hang Kasturi, kalo Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat yang derhaka!" gua da terpengaruh plak.. semangat hang tuah gua da longgar plak nih!

"ha.. lu tau pun.. sebab tu ade percanggah mcm tu coz diorg pun x pasti Hang Jebat yang cine tu derhaka ke hang kasturi yang melayu tu yang derhaka" abg gua gelak.. cis! mane la org tue ni dpt idea sohai mcm tu.

"kalo Hang Kasturi yang melayu tu yang derhaka mesti Hang Tiew Wah yang cine, cuak, coz da bunuh org melayu kt Melaka sebab tu kuar uangkapan 'tak kan melayu hilang didunia' die nk bgtau walaupun die da bunuh Hang Kasturi yang melayu tu, ade rmai lg org melayu lain.." tambah abag aku..

" kire kalo dalm bahase sekrg 'relax la, gua bunuh 1 org je org melayu, kan ramai lg org melayu lain??' " aku tambah..
wakakak sohai nye~ pe kebende la teori ktrg ni...

gua angguk2.. gua da start pk nk buat research kat internet tentang teori liar abg gua tu.. die gelak2 je sambil hembus asap rokok ke langit..

cis! org tua ni bukan leh cy sgt die blajar Architect pe lak kene mengene ngan sejarah?

hm~ btul ke hang Tuah org cine eh? kalo mcm tu kite org melayu da kehilangan 5 org pahlawan lagenda kita... tp da terselamat dari tuduhan melayu pernah menderhaka...

owh TIDAK!!!

hasil belek2 gua kat internet gua ngan jayanya da jmp beberapa blog yang bincang soal ni...
(owh~ abg gua dpt teori ni dr internet la nih!) korang leh bc yang ini.

blog tu quite good coz perbincangannya lebih terperinci dr blog2 lain.

next post teori abg aku tentang asal-usul pantun melayu lak... sure lebih menggugat akal korg...wakaka

Friday, September 11, 2009

hilangnya kesetiaan Hang Tuah dan keberanian hang Jebat

"Orang Melayu sekarang tidak lagi boleh mempertahankan diri mereka sendiri; jika mereka bertemu dan bercakap (untuk mempertahankan diri mereka), mereka akan dicop sebagai rasis." - Dr. Mahathir Mohamad (Ahad, 22 Mac 2009)

Ulasan lanjut daripada petikan itu ialah ucapan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Perhimpunan Pribumi Perkasa Negara yang mengingatkan orang Melayu agar sedar bahawa keadaan hari ini lebih merbahaya daripada keadaan semasa British merancang untuk menakluk negeri-negeri Melayu dengan perancangan Malayan Union. Pada masa itu kita boleh cakap berkenaan Melayu dan tidak ada sesiapa yang akan tuduh kita sebagai rasis. British pun tidak panggil kita rasis. Mereka akui memang pun hak orang Melayu menuntut negeri-negeri Melayu sebagai hak orang Melayu. Semua perjanjian berkenaan dengan negeri-negeri di Semenanjung mesti dibuat dengan Raja-Raja Melayu. Tidak ada siapa dari kaum lain yang berhak membuat apa-apa perjanjian. Sekarang orang Melayu tidak pun boleh berkata negeri ini negeri Melayu, tidak boleh sebut negeri ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Negeri Jepun boleh dikatakan negeri orang Jepun, negeri Korea - negeri orang Korea, negeri China - negeri orang Cina, negeri India - negeri orang India. Tetapi negeri Melayu - bukan negeri orang Melayu. Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu.

Kata Tun Mahathir lagi: Kesanggupan dan kerelaan orang Melayu berkongsi milik negara ini tidak sedikit pun dihargai. Pemberian satu juta kerakyatan oleh Tunku Abdul Rahman Putra kepada kaum lain tidak dihargai bahkan tidak diingati, dilupakan dengan begitu sahaja. Orang Melayu dikatakan kaum pendatang di negaranya sendiri. Dan kaum pendatang lain tidak boleh dipanggil kaum pendatang. Jika sesiapa berbuat demikian, mereka mesti minta maaf. Tidak perlu sesiapa minta maaf jika berkata Melayu kaum pendatang.

Keadaan sekarang samalah seperti di Barat apabila Yahudi secara sistematik mencipta satu protokol bahawa sesiapa yang bercakap mengenai soal Yahudi, bangsa mereka, mengenai holocaust atau berkias mengenainya - akan dicap sebagai anti-semitik atau anti-Yahudi.

Tidak pasti pula, siapa di negara kita ini yang merangka 'protokol yang seumpama itu'. Apabila kita bercakap mengenai diri kita sendiri - orang Melayu atau mengenai bangsa lain atau berkias mengenainya atau cuit mengenai mereka, walaupun ia adalah fakta, maka - itu adalah rasis, perkauman.

Maka, orang Melayu yang bercakap mengenainya akan diasak secukup-cukupnya oleh pihak-pihak tertentu - malah sehingga akan disaman. Seorang rakan blogger terkenal pernah diasak 'separuh mati' oleh kumpulan apa disifatkannya sebagai cyber-troopers apabila dia cuba mempertahankan sebuah institusi Melayu.

Mengapa jadi begitu? Apakah kerana ada kumpulan oportunis sudah melihat orang Melayu yang satu ketika dulu kebal, kini sudah layu? Benarkah orang Melayu sekarang sudah gagal bersatu dan sudah mulai berpecah? Apakah orang Melayu sudah terkeliru dengan asal usul mereka sendiri, sehinggakan membuka ruang dan peluang kepada kumpulan itu untuk mengadu-domba (memporak-peranda) mereka?

Secara kasar, orang Melayu sekarang sudah terdiri daripada beberapa pecahan golongan. Mereka yang dulunya majoriti, sudah menjadi minoriti. Cuba lihat senario ini:

Golongan Melayu Liberal. Mereka ini sudah hilang ''semangat dan roh'' (the spirit and soul) orang Melayu. Orang Melayu aliran itu sudah pudar ciri-ciri kemelayuan yang ditanam oleh datuk nenek mereka. Mereka tidak peduli siapa yang menerajui pemerintahan, asalkan ia sama rata. Golongan terpelajar hasil kelahiran DEB ini makin bercambah. Mereka ini menganggap bukan DEB itu yang menjayakan diri mereka - menghantar mereka belajar ke luar negara, tapi sifat merit yang ada pada diri mereka sendiri. Mereka ini ada yang berada dalam kerajaan, golongan pelajar di universiti, tokoh-tokoh korporat, profesional dan berada di mana-mana sahaja.

Golongan Melayu Ulama (yang menolak semangat ke-Bangsa-an). Mereka menolak UMNO. Kata mereka UMNO itu tidak berlandaskan Islam, sebagaimana yang ditakrifkan oleh Pas aliran Nik Aziz. Aliran antiassabiyah Nik Aziz memang jelas dari dulu lagi, iaitu jika UMNO mahu bersatu dengan Pas, UMNO perlu ikut cara Pas. UMNO perlu nyahkan semangat kebangsaannya. Bagi Nik Aziz kebangsaan UMNO adalah mengenai Melayu dan ia bukan Islam. Aliran Nik Aziz hanya membenarkan Islam semata-mata, tidak termasuk Melayu. Bagaimanapun, mutakhir ini, aliran Nik Aziz nampaknya bertentangan pula dengan aliran Hadi. Hadi dikatakan mahu bekerjasama dengan UMNO demi Melayu. Nik Aziz memberi amaran dia ialah nakhoda dan Hadi perlu dengar cakapnya. Golongan aliran ini semakin banyak, dan ia terdiri daripada golongan muda.

Golongan Melayu PKR (yang menolak UMNO kerana ia menolak master mereka Anwar Ibrahim). Asalnya orang Melayu PKR adalah bekas orang UMNO. Kita tidak pasti sampai bila Melayu PKR ini akan terus wujud, tapi melalui perincian, golongan Melayu ini tidak akan kekal lama. Namun, lama tak lama, itu tidak penting - tapi yang penting ialah sejauh mana ia boleh memecahbelahkan lagi orang Melayu. Aliran mereka ialah kesamarataan - sama dengan golongan liberal. Sudah tentu konsep sama rata mereka berbeza dengan konsep perkongsian kuasa yang diamalkan BN sejak lebih 50 tahun lalu. PKR bukan parti asas Melayu seperti UMNO atau Pas, ia adalah parti pelbagai kaum. Namun ramai orang Melayu (terutamanya di kampung-kampung dan luar bandar) terkeliru menganggap PKR sebagai parti Melayu seperti UMNO dan Pas. Hakikatnya, di peringkat payung pakatan pembangkang, PKR dikuasai oleh bukan Melayu. Orang bukan Melayu melihat parti ini sebagai parti alternatif kepada mereka yang menolak MCA, MIC mahupun DAP.

Golongan Melayu DAP. Adalah segelintir. Tapi sejarah dan rekod menunjukkan mereka tidak boleh ke mana-mana.

Golongan Melayu Atas Pagar. Golongan ini cukup-cukup terkeliru. Kerana kekeliruan yang mereka hadapi - mereka tidak peduli. Mereka tidak peduli apa yang berlaku kepada bangsa mereka, asalnya mereka boleh hidup seperti biasa. Golongan yang bersifat individualistik ini bagaimanapun amat bijak memerhati, tanpa banyak bercakap. Perkataan yang sering penulis dengar daripada golongan jenis ini ialah: ''Aku Sudah Muak''. Golongan ini boleh mengambil langkah berkecuali, tidak peduli atau pun memihak kepada pembangkang secara protes. Perlu diingat, dalam sesuatu pilihan raya, golongan ini adalah penentu kepada kemenangan. Bagaimanapun golongan ini boleh memasuki ke mana-mana aliran di atas jika tidak dirawati penyakit keliru mereka.

Golongan Melayu UMNO. Golongan ini sekarang bukan seperti datuk nenek mereka yang berjuang pada awal, pertengahan sejak penubuhannya 63 tahun lalu. Golongan pejuang UMNO dulu adalah aktivis yang jati diri mereka cukup hebat. Mereka tidak mewah, mereka tidak gelojoh, mereka tidak tamak, tidak seperti generasi UMNO sekarang. Namun perkhidmatan mereka kepada UMNO, masyarakat, orang Melayu di kampung-kampung cukup berkesan. Orang Melayu, Cina dan India pada masa itu dapat disatukan - satu suara, satu hati. Semangat dan roh Melayu Islam terserlah di mana-mana. Hari ini (pada hari perhimpunan UMNO ke-59 ini) sikap negatif UMNO banyak diperkatakan. Kebanyakannya ialah berkisar kepada isu yang tidak mahu didengari oleh aktivis terdahulu.

Rumusannya, Melayu berpecah kepada enam kumpulan. Sama ada teori ini boleh diterima, terserahlah.

Jika itulah teorinya, UMNO bukan lagi sebuah pertubuhan yang boleh mendabik dada mengatakan ia adalah institusi siasah Melayu yang ulung. Jika dulu ya, sekarang masa dan keadaan telah mengubahnya.

Mengapa jadi begitu? Persoalan besar yang perlu dijawab UMNO sekarang ialah: Apakah UMNO masih lagi relevan? Apakah UMNO masih lagi menjadi tempat untuk bertaut? Apakah UMNO boleh diharapkan? Apakah UMNO adalah pejuang bangsa? Apakah UMNO untuk agama, bangsa dan negara?

Siapa pemimpin UMNO sekarang? Apakah mereka boleh membeli dan dibeli? Apakah kualiti mereka? Sukakah orang Melayu kepada mereka? Adakah golongan 'muak' tadi boleh menerima mereka semua? Akan berubahkah mereka? Jika ya, siapakah penyelamat UMNO?

Yang pasti semua kritik mengenai UMNO ialah menjurus kepada pembersihan dan pembaharuan UMNO. Mereka mahukan para pemimpin yang ikhlas. Ikhlas kepada perjuangan dan ikhlas untuk memimpin masa depan bangsa. Kritikan terhadapnya sepatutnya diterima secara positif dan parti itu sepatutnya berusaha untuk berubah.

Melihatkan kepada senario politik sekarang, sebenarnya UMNO masih menjadi harapan orang Melayu. Walaupun orang Melayu telah berpecah, tapi di dalam hati kecil mereka masih ada yang menaruh harapan kepada UMNO.

Kita percaya, satu kumpulan dalam Pas atau golongan di atas pagar, misalnya - masih mengharapkan UMNO melakukan sesuatu ekoran kekhuatiran yang sedang dilihat di hadapan mereka. Mereka amat bimbang kerana kumpulan yang mencabar Melayu dan raja-raja Melayu semakin melebar.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa hanya UMNO (mungkin juga Pas) dan orang Melayu yang bersatu padu sahaja yang boleh menjajarkan semula perjalanan yang berliku ini. Sucikan semula organisasi keramat Melayu ini.


(post kali ni gua petik dan edit sedikit dr blog ZAINI HASSAN-dr utusan Malayu)

betul KE KITA ORG MELAYU SUDAH TIDAK MAMPU MEMPERTAHANKAN KETUANAN MELAYU DITANAH KITA SENDIRI?

Thursday, September 10, 2009

sweeping malaysia???

2, 3 mggu ni aku kurg sket dgr berita, iyelah penat la katakan, tdo pun awl... hehehe but ari ni akhbar menarik btul... cte pasal ade satu negara ni nk "sweeping" rakyat Malaysia kt negara diorg... gara2 kononnya Malaysia telah tidak menghormati kebudayaan diorg dgn mggunakan tarian Pendet berasal dari Bali untu promosikan Malaysia ... lame excuse for the lame country.. satu lg sebab coz kes pmpuan cntik yang kawen ngan Putera Kelantan tu... pun same lame excuse... ingat zaman Troy ke nak peranag pasal pmpuan??

pmpuan tu pon bru 17thn... ape la sgt die tau... ms kawen pon umo 15thn... of coz masalh mcm ni akan jd coz bdk tu nk enjoy lg~ she's hot man! nk tgk gmbr minah tu kat sini (pmpuan mcm ni ke nk buat Puteri Kelantan?? uit>>)... ramai laki kt luar sana yg boleh bg keseronokkn kt die dr sekadar duduk kt istana yg membosankan.... dtg plk rakyat negara tu konon nk bela nasib pmppuan ni... nk jd hero beb... pmpuan cantik kan... dulu ms kes org gaji tu kene dera, aku tgk dorg xde lak bising2 mcm skarg... yg ni bz lak... nk test la tu.. mn tau leh lekat.... agak2 la.. takkan negara Malaysia n negara tu nk bermusushan sbb pmpuan xcukup umur tu... ape la nak dibela pmpuan tu.. die siap ade bodyguard lg... xpyh sush2 nk bela...

setau aku Malaysia dan negara tu adalah serumpun, bahasa pun dua2 bhsa melayu, kat sane ade jawa, sini pun ada, sana ada bugis, sini pun ada bugis, sana ada banjar, sini pun ada banjar, sana ada minang, sini pun ada minang... same je beb~ lumrah la kalo de kesilapan atau kekeliruan budaya siapa tiru sapa... Malaysia pn da bt kenyataan tapi org2 negara tu msih berkiaran dengan buluh runcing kononnya ingin usir rakyat malaysia dinegara dorg...

hahaha biase la takde keje la tu, so dorg byk masa nk kesana-kemari bwk buluh runcing cr rakyat Malaysia... org malaysia relax je... xde plak aku dgr org malaysia bwk tombak ke pe merayau-rayau cr indon nk halau! ye la we Malaysian hv something to do, we got work, we wont wasting our time to do radiculous and stupid thing in the middle of Ramadhan's day....
da siap sedia ni nak sediakan relawan untuk berperang ngan Malaysia (satu lg contoh takde keje da) korg leh check kat sini.

dorg konon nk boikot brgn buatan Malaysia kt sana... do we care?? bukan nk hina la, try cek dulu mata wang sape yang lg besar??? and cuba cek kuasa membeli rakyat diorg... aku rs boikot ke tak boikot ke selama ni same je kot... korg ttp x mampu...

if dorg halau org Malaysia di sana dgn selamber Malysian tu sume balik naek kapal terbang... kalo ktrng halau pendatang tanpa izin indon ni di Malaysia cmana? nak dorang berenang balik?

gua asal usulnya pun dr indon, my grandmother still at indon, tak cy g la cr kt Balik Papan, anty gua pun ade kt Tarakan.... some of my cousin in jakarta...

shame on u indonesia! shame on u BENDERA! thts why u have such a big country but still jauh ketinggalan ngan Malaysia... dulu isu Pulau Sipadan sampai bakar bendera Malaysia... sampai buat laungan "ganyang malaysia" malunya aku... sesama melayu dan islam... serumpun...

malaysia habiskan berjuta2 setiap tahun sebab nk hantr ur stupid rakyat ke indonesia balik coz dtg tanpa izin... gv them shelter, and free food... hantar naek bot selesa beb... padahal ms dtg naek tongkang...

bg aku isu ni tak prlu dibesarkan... isu ini terlalu kecil untuk org bertamadun... sblum ni pn Malaysia-Indonesia da ujudkan EPG Malaysia-Indonesia yang ditubuhkan pada 2008 bagi memberi tumpuan meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, pelaburan dan sosiobudaya. jd knp masih de lg kejadian mcm ni..

come on la indonesia, bg la dorg tu keje dr buang ms bwk buluh runcing kesana-kemari!

Wednesday, September 2, 2009

1 malaysia!!!!

since we on Merdeka mood i give u guys a something to enjoy... chill out with proton new advertisement.. check out this http://1malaysia-proton.com/